Friday 17 June 2016

KHASIAT PERIA KATAK

https://sitik.wordpress.com/2013/03/13/khasiat-peria-katak/

khasiat-jus-buah-dan-fungsi-untuk-kesihatan/

http://maziahismail.com/khasiat-jus-buah-dan-fungsi-untuk-kesihatan/

KHASIAT PERIA KATAK APEL SADRI DAN LEMON

sUMBER : https://www.facebook.com/chai.taufiqtauhid/posts/1746439802293121

Khasiat Peria katak..
Rasulullah saw bersabda: “Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat serta dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Peria katak adalah sayuran tropika yang pahit rasanya.
Namun begitu, ia menjadi sayuran yang disukai ramai sejak dulu lagi kerana khasiatnya yang banyak.
Bagi mendapatkan khasiat yang lebih lagi, sebaik-baiknya peria katak ini dibuat jus daripada buah yang masih hijau, sebelum ia masak ranum dan bertukar warna menjadi oren.
Sebelum dikisar untuk dijadikan jus, basuh bersih-bersih peria katak ini dan buang bijinya.
Bagi mengurangkan pahit, rendam hirisannya dalam air garam 1/2 jam sebelum dikisar untuk dibuat jus atau sebelum dimasak sebagai lauk.
Peria katak mempunyai banyak khasiat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi kesihatan.
Oleh itu bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan badan, eloklah selalu amalkan minum jus peria katak ini, sama ada jus peria katak sahaja atau dicampur dengan jus sayuran atau buah-buahan lain yang juga berkhasiat.
Khasiat Pemakanan Peria Katak Dari Kajian Orang Bijak Pandai Dan Ahli Mendapati Bahwa Buah Peria Katak:
* Kandungan kalori yang rendah
* Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, fiber yang sangat tinggi.
* Kaya dengan zat besi.
* Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
Khasiat Kesihatan Peria Katak
* Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
* Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
* Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
* Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
* Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
* Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
* Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
* Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh
* Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
* Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
* Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.
Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
Sikit penerangan berkenaan kencing manis:
Jika anda ada diabetes/kencing manis, anda mungkin mengalami situasi berikut:
Pembuluh darah besar :
Menjadi tebal, keras dan sempit. Ini akan menghalang aliran darah ke organ-organterutamanya otak. Apabila pembuluh darah di otak tersumbat, strok akan berlaku.
Mata:
Kadar glukosa tinggi dalam jangka masa lama dapat merosakkan pembuluh darah beberapa bahagian dalam tubuh. Kerosakan ini sering berlaku pada mata, saraf dan buah pinggang. Kadar glukosa darah yang tinggi akan merubah bentuk kanta mata dan mengganggu penglihatan, malah boleh menyebabkan katarak
Kencing:
Kadar glukosa terlalu tinggi dalam darah tidak akan dapat ditapis semuanya oleh buah pinggang. Sebahagian glukosa akan dikeluarkan ke dalam air kencing bersama dengan jumlah air yang banyak. Ini menyebabkan pesakit mengalami kekerapan kencing. Jumlah glukosa yang besar di dalam air kencing memudahkan berlakunya gatal-gatal di sekitar kemaluan disebabkan oleh infeksi fungus.
Kehilangan Air:
Pesakit diabetes akan mengalami kekerapan kencing. Kehilangan air tubuh dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan pesakit merasa haus.
Darah Tinggi:
Pesakit diabetes mudah mendapat penyakit darah tinggi kerana pembuluh darah tubuh mengalami penebalan dan menjadi keras. Tekanan darah akan naik kerana pembuluh darah tidak dapat mengembang tatkala jantung mengepam.
Buah Pinggang:
Kerosakan pembuluh darah menyebabkan penapisan buah pinggang tidak lancar (nefropati), protein bocor keluar ke dalam air kencing. Ini boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis.
Jika anda memang telah disahkan mengidap kencing manis.... Jangan risau. Allah datangkan sakit dan Allah datangkan ubatnya. Dia mencipta sesuatu itu tanpa sia-sia. Seperti Dia mencipta kita tanpa sia-sia.
Begitu juga peria dicipta oleh Nya tanpa sia-sia, walaupun ia pahit.
Jom share cara paling simple nak buat Jus Peria Katak ni:
Resepi 1
Bahan-bahan:
3-4 biji saiz sederhana peria katak
Air masak 1L
Blender
Cara-cara:
Potong kecil-kecil peria katak.
Masuk kan dalam blender bersama air 1L tadi.
Blender je sampai hancur.
Lepas tu tapis.
Masuk dalam bekas air yang sesuai.
Boleh terus minum.
Yang lebih tu masukkan je dalam peti ais.
Minum 3 kali sehari sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam (ini untuk pesakit kencing manis / diabetes).
Resepi 2:
Jus Peria dan Epal Hijau
Bahan-bahan:
- 1/2 biji peria
- bersihkan dan buang biji
- potong kecil-kecil 2 biji epal hijau - buang biji dan potong kecil-kecil
- 300ml air masak
Cara cara:
1. Campurkan peria, epal hijau dan air masak ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga halus.
3. Tapis bahan kisar.
4. Tuangkan jus ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi 3:
Jus Peria dan Batang saderi
- Sebiji peria muda
- Sebatang saderi
- Segelas air masak sejuk
- Sehiris lemon
Cara caranya:
1- masukkan peria yang telah dicuci dan dibuang biji
2- masukkan batang saderi yang telah dipotong potong
3- masukan lemon
3- masukkan semua dalam blender
4- setelah dikisar hendaklah ditapis
5- sedia untuk diminum.
Semoga bermanfaat
Wallahualam

JUS PERIA KATAK EPAL - TURUNKAN GULA

http://www.ciktom.com/cara-turunkan-kadar-bacaan-kencing-manis/

KOSMO - PERIA KATAK

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0703&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

KAPSUL PERIA KATAK

http://www.mstar.com.my/niaga/2015/07/02/peria-katak-kapsul-anugerah/

DR MALINDA - PERIA KATAK

http://www.drmalinda.com/2013/04/peria-katak.html